Pages

Dapat Rambutan

Hari ni, hari ke 3 demam, selsema lagi. Badan letih tapi fikiran ni rasa membuak nak keluar dari rumah. Ke mana? Tiada arah tuju pula. Start kereta, rasa nak ke MELAKA tapi tiba-tiba melencong ke Badan Lalang. Ke pantai kita. Sampai di Bagan Lalang, terus cari surau, kaki malas tapi paksa diri. Selesai solat zohor, solat taubat...tenang dalam surau. Hanya ada sorang diri. Bagus la tak ramai pula yang datang melepak di pantai hari ni. Ingatkan nak terus balik tapi rasa nak melencong duduk di pondok tepi pantai sambil nikmati air pasang.
Memang betullah, pukul tiga petang air pasang, pukul 5 air surut bak bait lagu masa kecil dulu. Pergh! memori tu. Sambil duduk, merenung laut lepas tu...sayup je. Rasa nak nangis, memikir mantal koyak. Cuba buang masalah, buang sakit, buang pahit jauh-jauh macam buang sampah dalam bakul yang kita tak kutip balik. Duduk punya duduk, datang 3 orang pakcik duduk di pondok yang sama, belakang Budu. Tak perasan pun kehadiran diorang sebab tengah pakai earfon, lagu pula volume 100%. Tetiba dia tegur, makan dik...aku ngeleng je, tak nak. Tak kenal tetiba ajak makan. Macam golongan pak-pak haji. Diorang nak melepak kat situ, segan pula Budu nak terus duduk layan perasaan. Cecepat beransur nak balik, tiba datang salah sorang pakcik, hulur beberapa tangkai rambutan. Budu menolak tapi dia tetap nak bagi juga. Alamak. Mampu ucap terima kasih je. Segannya. Hurm..rezeki kan. Sekecil mana pun tetap rezeki. Sah! diorang ni baru balik dari kebun Hahaha...

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal