Pages

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kerna masih dikurniakan kesihatan yang baik dan bernafas lagi. Hari ni Budu cuba berpuasa, memikirkan berat badan yang dah mula nak bertambah, haru dibuatnya. Selesai solat subuh dan menghabiskan beberapa surah pendek, Budu membelek dua novel karya HAMKA pemberian sahabat Budu yang masih tak terusik di rak tv.


Cuba untuk ambil mood, membaca ilham dan keistimewaan penulisan sasterawan dari seberang ini.. Buku yang menceritakan tentang cinta dua darjat, Hamka mengkritik dengan sopan cinta yang memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama. Budu tak sabar nak tahu kesudahannya.

"Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya."

2 comments:

  1. Haritu ada pinjam buku ni juga tapi bukunya versi bahasa indonesia la.. penerbit dah lupa siapa tapi dari seberang la..,tapi tak habis baca pun. LOL. susah sikit nak fahamkan bahasa indonesia,bila dibaca nak ke bm macam ayat tunggang langgang

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh. Bagi Budu sama je bahasa indon ke bahasa melayu ke. Serumpun... Budu senang je faham hihi..

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal