Pages

Tips : Elak Dikhianati Rakan

Hal macam ni bukan terjadi pada kita sahaja. Ia dialami sesiapa sahaja. Bernasib baik bagi yang tak pernah rasa dikhianati. Kita tak lupa kan siapa, bagaimana wajah dia dan cara dia mengkhianati kita. Untuk mengelak kita dipermain rakan-rakan atau ditipu,

  1.  Seeloknya jangan cepat percaya pada orang yang baru kita kenal. Tak kisahla baik lelaki mahupun perempuan. Was-was dan berwaspada mesti ada. Kalau orang yang membesar bersama-sama kita pun boleh lukai hati kita, apatah lagi orang yang kita tidak makan sepinggan dengan kita.
  2. Jangan menyimpan harapan. Ini perkara yang kita selalu ulang. Kita selalu berharap orang itu sempurna dan ingat segala jasa kita terhadap dia. Berharap orang lain akan tolong kita dan memahami keadaan hidup kita. Sebaiknya janganlah kita memberi harapan dan berharap kembali.
  3. Berkawan tanpa melibatkan wang ringgit. Ini penting. Bukan sebab kita nak didik diri kedekut tetapi kita kena ingat manusia kongsi warna mata tapi bukan warna hati. Contoh, setiap hari kita memberi pinjam rakan duit, atau kereta dan tiba-tiba dia lesap. Kalau sepuluh dua tak lah kita hirau sangat tapi kalau sampai beribu, itu parah ditambah pula kena time kita dalam keadaan terdesak. Kita kena ingat juga kerana wang orang boleh jadi buta. Sama macam kita cari pasangan, ada perempuan yang nakkan kebendaan, wang (tak semua) Bila selalu sangat dimanja dan diberi itu ini, lama kelamaan dia rasa selesa dan mula akan ambil kesempatan diatas kebaikan kita.
  4. Tegas dan Teguh. Untuk elak kita dipermainkan, kita memang sesekali kena tegas pendirian atau bersikap kejam walaupun jauh di sudut hati, kita kesian. Kejam bermaksud kita tidak memenuhi segala permintaan rakan dengan mudah. Ada dikalangan rakan kita suka cari pasal dan bila ditimpa masalah, dia akan mengadu pada kita dan buat muka kesian untuk raih simpati. Jangan terperdaya.
  5. Simpan rahsia diri. Walaupun kita yakin pada rakan dan berjanji BFF dunia akhirat tetapi kita kena ingat walaupun kita pergi balik kerja dengan dia, kongsi rumah, kongsi bilik dan pelbagai barang makeup, kita jangan ingat dia takkan buka aib kita pada orang luar. Bila bergaduh sudah pasti segenap dunia dia akan canang buruk kita. Dalam berkawan ni, kita cerita apa yang patut sudahlah. Jangan pula kita cerita hal penting seperti jumlah simpanan@kekayaan kita, perihal kisah hitam kita dan lain-lain terutama melibatkan pakwe. Ini banyak kes pakwe dikebas rakan sendiri.
  6. Allah tempat 'mengadu'. Mengadulah pada ALLAH, insya ALLAH pertolongan ALLAH itu ada, cuma cepat atau lambat sahaja. Ada yang kata boring tak ada kawan tapi masa kita tak dihargai, masa kita dipulau..pernah rakan-rakan kita datang menghulur bantuan dan mendengar pahit getir kita? Ada segelintir rakan yang baik tetapi macam saya bagitahu tadi, berwaspada itu perlu.
Ada antara rakan-rakan kita adalah rakan-rakan yang baik, syukur Alhamdulillah tetapi rakan yang baik akan selalu ingatkan kita, bantu kita berdiri dan mendoakan kebaikan kita. Tetapi selalunya wajah sebenar orang sekeliling kita akan kelihatan pabila kita diuji dengan kesusahan dan sebagainya. Masa tu baru kita sedar...perasaan kecewa tu memang tak boleh elak tetapi doalah semoga dia berubah. Kita susah, sakit...bukan kita berharap sangat orang memberi itu ini, tetapi sekurangnya bertanya khabar dan itu pun dah cukup melegakan perasaan serta merasa kita dihargai. 

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal