Pages

Tips Percutian Bujet Murah ke Jepun (Cara saya)


ASSALAMUALAIKUM. Ini pengalaman pertama saya travel ke Jepun dan kali pertama juga saya tidak ditemani ahli keluarga. Saya planning untuk ke Jepun secara kebetulan dengan rakan saya, waktu tu kitorang sama-sama hiking. Dan...alhamdulillah tak jangka niat tu tercapai juga. Banyak dugaan sebelum saya ke Jepun antaranya simpanan saya 5k lesap dan dalam masa yang sama saya operation rahim.


KLIA Transit & Parking Kereta

Flight saya pada hari itu adalah pukul 1pagi. Dalam hati memang dah mengeluh sebab time orang tidur kot kita nak fly, mata ni kuyu dah time macam tu. Sebelum keluar rumah saya sudah buat sedikit rujukan antaranya tempat parking kereta murah tapi lagi murah kalau minta rakan atau ahli keluarga hantar, kan. Haha... Disebabkan saya tinggal di Puchong jadi saya memilih untuk menaiki KLIA transit di stesen Putrajaya/Cyberjaya terus sampai ke KLIA2. Bayaran dikenakan RM9.50 setiap seorang. Manakala kereta pula diletakkan di parking bertingkat bersebelahan dengan stesen. Agak murah berbanding tempat lain iaitu RM44/7 hari. Waktu siang RM2 dan waktu malam RM4. Belum sampai Jepun lagi duit dah start mengalir. Adeh...

Bekalan Makanan

Makanan bagi saya tak payah. Saya biasa diet dan kat rumah kurang makan jadi saya hanya bawa makanan ala kadar saja antaranya Nestum 3IN1, Nescafe 3IN1, Bubur nasi KNORR, serbuk Susu coklat Dutch Lady, dan mee segera. Memang tak mudah kita nak lawan nafsu makan apatah lagi setiap kali naik turun train saya akan lalu di depan restoran- restoran dan kedai pelbagai aneka kek serta roti. Sumpah! memang rasa tercabar betul iman time tu. Nak je keluarkan duit yang ada dan beli semua makanan yang di pamerkan. Sedap... Tak nampak dah progrem diet tu. Dua hari asyik bantai mee segera, saya beli telur dan taugeh di Family Mart. Ini antara kedai dicadangkan oleh blogger yang pernah menetap dan berkunjung ke sana. Balik hotel, saya masukkan maggie, perencah, telur dan taugeh tadi ke dalam mangkuk bersama sedikit air sebelum dimasukkan ke dalam microware. Rasa la sedap sikit tekak ni nak menelan.

Pakaian

Ini benda paling payah. Perempuan biasalah semua benda nak diangkutnya. Kalau boleh rasa nak bawa satu almari ke Jepun. Keluar masuk pakaian dari beg beberapa hari sebelum flight itu sudah menjadi lumrah kaum HAWA. Aku bawa 5 helai baju dan 3 helai tudung(tapi hanya 2 sahaja digunakan) serta 2 seluar jean. Selebihnya saya bawa selipar jepun dan kasut. Mana tau kot-kot putus tengah jalan kan...berguna juga tu terutama time saya sakit kaki akibat terlalu banyak berjalan. Dua hari tawaf Kyoto tu pun kaki saya sudah melecet, memang tak sanggup dah nak menahan pedih. Saya tak ikut sangat law yang ditetapkan Air Asia masa bawa beg masuk dalam cabin tu sebab masa saya tiba di airport, seorang crew Air Asia cakap, selagi beg tak sama besar dan tinggi dari saya, selagi tu boleh bawa masuk dalam cabin. Masa tu saya bawa beg dauter 55+. Rasa menyesal dalam hati tak bawa baju lebih sikit. Its okey, next time boleh cuba lagi. Haha...

Penginapan

Antara penginapan murah di Osaka adalah area Shin-Imamiya, betul-betul sebelah stesen kereta api. Antaranya Hotel Sunplaza, Hotel Sunplaza2, Hotel Shin-Imamiya dan beberapa hotel murah sekitarnya. Saya pilih hotel Sunplaza sebab murah dan bolehlah sekadar untuk tidur dan berteduh dari hujan panas. 7 hari 16,000 yen bersamaan dengan RM600 lebih. Okeylah tu dari tak ada. Kalau nak selesa memang hotel yang saya sebut tadi kurang sesuai sebab setiap malam sound of trains tu akan ada dalam mimpi korang hihi. Tempat mandi hanya dibuka 4pm hingga 9pm dan tempat mandi perempuan ada di luar bangunan iaitu di belakang hotel, manakala tempat mandi lelaki terletak di atas bangunan. Setiap floor ada bilik air untuk membuang air kecil dan besar tapi kongsi lelaki dan perempuan. Selain tu juga ada dapur disediakan dan korang nak kena bawa periuk sendiri. Saya rasa lebih baik bawa sendiri, kalau pakai yang hotel sediakan kita tak tahu tahap kebersihannya bagaimana. Mesin basuh pula disediakan bersebelahan bathroom perempuan. Untuk mencuci 200yen dan mengeringkan pakaian 200yen/30 minit. Ada juga disediakan bilik air berbayar bagi orang macam saya yang terbiasa mandi pagi melainkan group spesis kambing...bayaran 100yen/5minit. Mahal tapi dari miang satu badan siapa sanggup.

Digalakkan

Benda ni memang disyorkan oleh orang yang pernah travel. Nak hiking pun kena ada stamina jadi nak travel pun sama. First sekali memang kena bersenam sebab kat sana korang akan banyak berjalan dan mengejar train. Second, pakailah kasut dan pakaian sesuai. Dan...paling last saya nak ingatkan bawa beg bersilang atau pakai jeket berkocek di dalam. Ini bagi mengelakkan kehilangan dokumen penting dan duit. Jangan pentingkan gaya sampai berputih mata. Memang kat sana selamat tetapi malang tu datang tak berjemput.

Bujet

Saya hanya membawa RM1200 manakala rakan saya membawa RM1500. Dan itulah duit yang ada kami bertahan selama 7 hari di Osaka. Kalau hati dah seronok, nak makan pun tak lalu....asyik nak berjalan je. Kalau korang jenis rambang mata digalakkan bawa Visa awal-awal. Untuk shopping gedget memang perlu ada visa, no cash money. Diorang taknak terima. Apa yang saya perhatikan, barangan keluaran negara Jepun lebih murah berbanding barang yang diimport dari luar. samsung, Iphone 5 hanya 4,000 yen. Gila kau...nasib visa tak bawa, kalau tak memang dah kena rembat. Kalau nak bercuti bujet murah memang kena tahan nafsu makan, nafsu shopping tu. Alahai...kesian.

Tiket trains & Simcard internet

Tiket kereta api dan wifi saya dapatkan di kansai Airport iaitu di bahagian Infomation Center. Tiket train 7hari boleh dapat dalam 1,400 yen. dan simcard 2GB 7 hari pun dalam 1000 yen lebih. Bila kat hotel off la data internet telefon tu, guna wifi hotel lagi jimat berganda. Jangan risau, kat airport nanti korang akan rambang mata nak pilih kedai sim/broadband sebab terlalu banyak kedai sekitar situ. Sebelum terbang ke Osaka, ramai syorkan ambik JR Line sebab boleh pergi banyak tempat di sekitar Jepun tetapi sampai sana member beli  Kansai Thru Pass (KTP). KTP ni hanya boleh bawa korang ke Osaka, Kobe@Hyogo,Kyoto,Nara, Wakayama dan Shiga. Dan...korang agak pening sikit nak faham cara nak tengok laluan train ke sesuatu tempat. Sepanjang saya ke tempat-tempat menarik di Nara, Kyoto,Kobe...saya tak nampak rakyat Malaysia menggunakan KTP tetapi ramai pelancong dari sekitar Jepun dan Mat saleh guna KTP ni. Agak mencabar jugalah sebab terpaksa turun naik train banyak-banyak kali dan menahan bau. Serius saya hampir muntah setiap kali naik train. 

Next post saya akan cerita tempat yang saya lawati dan kos kalau ada...

4 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal