Pages

Zahra Kuat Sentap

Time Mak ayah datang K.L adalah time anak-anak jantan untuk bermanja. If semua dah bergelar suami dan bapak orang tetapi tetap menghargai peluang yang ada. Saya...macam biasalah jadi driver hantar mak ayah ke Melaka untuk majlis akikah anak saudara mak ayah iaitu Kak Ina dan serentak dengan kenduri arwah Mak Ndak. Semua ahli keluarga belah Melaka berkumpul. Ada beberapa kerat saudara mara yang tak dapat datang atas urusan tertentu.

Semalam, saya bawa mak ayah ke rumah adik ipar, benda ni memang wajib sebab setiap kali mak ayah datang K.L mesti dia akan pergi melawat besan dan cucunya. Saya pun dah lama tak jumpa anak buah saya Zahra Nur Iman. Dipendekkan cerita, sewaktu tiba di perkarangan rumah adik ipar, anak buah saya langsung taknak salam dan bertegur. Selalunya dari jauh dah dengar mulut becok dia tu. Kali ni dia berpura tidur dan mulut moncong dah macam karung guni kena ikat tepi. Papa dia pujuk pun dia tak nak, mama dia pujuk lagilah. Last sekali, saya cuba juga nasib untuk pujuk dia, mula-mula liat juga. Lepas tu dia dah okey. Berpeluh jugalah nak melayan. Kata papanya, Zahra a.k.a Zara kuat merajuk dan sensetif sejak adiknya Harraz dilahirkan. Mungkin benda ni perkara biasa kot. Zara dah biasa di manja, bila berbagi kasih sayang mungkin dia merasa agak terpinggir sikit bila mama dan papa dia mula bertegas. Mak ngah dia pun baru dapat anak, bertambah-tambah la sensetif si Zara tu.

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal