Pages

Tak Suka Kekerasan

Bukan setakat orang je tak suka kekerasan, lembu pun tak suka orang cucuk hidung and tarik dia tambat tengah panas ceng. Hari ni mood nak cerita pasal 'persahabatan' ja. Lepas gian nampak :P .
Pengalaman buruk  yang pertama dalam berkawan buat Budu tak berapa suka bergaul dengan kawan sekampung. Kalau duduk rumah mymom Budu selalu main pondok-pondok dengan sepupu Budu, Ikah, Siti, Esah, Aina dan satu hari kitorang main
macam biasa kat belakang rumah sepupu Budu. Masa dok main tu Budu ambil batu bata letak atas tali ampaian. Masa tu budak-budak kan...saja nak uji mana tau kot batu bata tu tak jatuh, kan. Sekali terjatuh and kena jari sepupu Budu dan nangis. Tetiba sepupu Budu yang tua sikit nama dia Kak Yah, dia datang terus lempang muka Budu time tu. Berdesing dah satu hal, rasa malu giler depan kawan-kawan. Lepas tu Budu main dekat rumah siti and esah , terletak sebelah rumah Budu je... masa tu kami dok bakar sampah, Budu kais sampah tu guna kayu sekali plastik yang terbakar terpelanting kat atas tangan Siti...balik rumah terus la kena balun dengan mymom. Sejak hari tu Budu dah jadi pendiam and jarang bercakap dengan jiran-jiran. Raya ka tak raya ka memang Budu tak pergi rumah depa dah. Rumah sepupu depan rumah Budu tu pun Budu tak pijak. Budu ingat bukan sekali Kak Yah lempang muka Budu, ada sekali tu kes Budu main sarung tangan abang Mie yang dah tak guna dah pun. Budu fikir masa tu kan...benda tu kecil je and tak ada masalah kalau cakap baik-baik kenapa sampai nak angkat tangan. Budu dah jadi fobia nak bergaul. So, sebab tu tak ramai yang tau mymom ada anak perempuan, kalau balik kampung pun Budu cuti lama-lama hanya dok rumah berkurung dalam bilik, if hanya lepak tengok tv atau layan blog...tu dah kira menyeronokkan bagi Budu. Nanti Budu cerita macam mana Budu kenal Ana and apa jadi pada persahabatan kitorang... :)

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal