Pages

Festival Y.E.S di PWTC


Alhamdulillah. Hari tu Budu sempat follow member Budu ke KL YES FEST di PWTC. Kebetulan pula member Budu tu dia ada join fest tu. Dia jual tudung jenama La Vendior KL. Serius Budu kabo, Budu sendiri tak pernah dengar jenama tudung ni tetapi agak
femes sebenarnya mungkin Budu je yang kurang perihatin bab fesyen ni. Masa Budu cuba tudung jenama La Vendior KL ni, Kain dia memang sedap disarung dikepala. Material lembut dan berkualiti. Sama sahaja dengan kualiti kain tudung jenama lain. Menurut rakan Budu yang juga pakar marketing, dia boleh dapat untung 5k seminggu hanya dengan menjual tudung. Dia juga ada buat beberapa kerja lain dan memberi tunjuk ajar pada sesiapa yang nak mulakan perniagaan. Jangan terkejut kalau Budu katakan yang member Budu ni baru berusia 24 tahun tetapi sangat matang dan jadi ahli perniagaan berjaya pada usia muda sangat dikagumi.

Hari tu sempatlah Budu ikut dia hari pertama KL YES FEST tu. Ingatkan dia nak ajak teman pergi tailor ke apa, rupanya ajak pergi PWTC, mereput jugalah Budu nak tunggu pukul 12 tengahari tu. Apapun fest tu sangat meriah dan mendapat sambutan ramai. Ada artis jemputan dan beberapa butik tudung dan baju terkenal join fest tu.


No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal