Pages

Melanjutkan Pelajaran

Assalamualaikum...

Sorry geng sebab lama sangat Budu tak tulis blog ni. Tak sempatlah. Bukan sebab sibuk kerja tetapi sebab sibukkan diri dengan gym and bersukan. Berdasarkan tajuk, Budu nak cerita tentang niat Budu nak sambung pengajian. Cewah! Aku cakap dah macam ayat student. Haha Budu bercadang nak repair balik result
STPM supaya boleh dapat tiket ke Universiti yang terbaik. Masa kuar wad dulu, tangan ni gatal-gatal pergi isi permohonan ke UITM. Aleh-aleh, semalam dapat jawapan daripada Uni mengatakan Budu layak menyertai satu progrem yang disediakan UITM. Bersyukur, happy tetapi masih dalam fikiran mahu meneruskan atau sebaliknya. Kalau Budu tolak tawaran ni, bermakna tiga kali sudah Budu tolak peluang melanjutkan pelajaran. Tahun depan umur Budu sudah genap 30 tahun. Makin hari makin tua, jadi kalau bukan sekarang Budu ambil peluang, bila lagi. Kali pertama Budu tolak sebab masalah kewangan, sebab masa tu baru nak hidup kat K.L ni. Budu tolak kali kedua pula disebabkan kerja dan kewangan juga. Gaji masa tu cukup-cukup makan, transport pula tak ada. Bujang la katakan. Kali ni, Budu rasa nak teruskan, lagipun Mr.Engineer cakap apa yang ditawarkan bukan kursus yang mengarut dan ada peluang yang cerah. Apapun Budu harap semua dapat doakan Budu dan berharap juga Budu boleh capai apa yang Budu impikan. Insya-Allah.

6 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal