Pages

Bulan ke-2 Seorang Pelajar


Prof Kesayangan
Assalamualaikum,

Genap dua bulan Budu menjadi seorang pelajar. Bulan pertama excited-lah, masuk bulan kedua, lambakan kerja rumah semakin bertambah-tambah. Ah! ambil 4
subjek dalam satu semester nampak mudah tapi bahu den yang memikul ni berat rasanya. Lebih-lebih lagi bukan course yang mudah. Alhamdulillah, punya rakan sekelas yang baik dan banyak membantu terutama Kak Ja, Ema, Salwa, Mira dan yang lain. Geng lelaki tak kurang hebatnya. Kebanyakan daripada rakan sekelas merupakan bekerjaya dan ibu, hanya segelintir sahaja anak dara dan bujang tang tang.

Kak Ja : Siapkan tugasan last minute haha
Dalam menuntut ilmu ni, kita kena tolak tepi memikirkan soal kewangan dan masa kerana dua perkara tu lah yang kita kena korbankan. Lebih lagi kalau yang dah berkahwin, kenalah bijak bahagikan masa. Kalau dapat suami yang sporting, tak kisah bini study group sampai lewat malam, ok lah. Kalau dapat jenis over protective, ulangkaji lah sesorang kat umah. Andai tak punya masa, kena cari masa, kalau tak ada duit, kena cari duit lebih. Pada pendapat Budu pengajian jarak jauh (PJJ) ni ada kelebihan, yang paling penting tak ada hutang PTPTN, MARA  semua tu. 100% bayar cash. Kekurangannya pula, terpaksa ambil masa hampir 4 tahun untuk habiskan 8 semester, ada yang sampai 11 semester, berjanggutlah kau. Apapun menjadi seorang pelajar ni sangat seronok, lebih-lebih lagi kita ada dalam lingkungan orang yang ingin capai sesuatu matlamat dalam hidup masing-masing, bukan sekadar graduate and kenaikan gaji di masa akan datang. Dapat bergaul dengan senior dari fakulti sebelah hahaha kongsi pengalaman. Membangau melepak pun ada jugak. Yang pasti tak ada orang bodoh dalam dunia ni melainkan orang yang MALAS dan RAJIN, USAHA dengan TAK USAHA. chill :)

4 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal